Baru-baru ini, Netflix Malaysia telah memasukkan kesemua filem dari The Twilight Saga di Netflix untuk penonton di Malaysia. Hanya beberapa hari sahaja filem ini berada di Netflix, ia sudah meraih populariti yang hebat. Terkini, kesemua filem Twilight berada dalam carta Top 10 Netflix.
Filem Twilight yang pertama yang ditayangkan pada tahun 2008 mendapat tempat ketiga, filem kedua yang ditayangkan pada tahun 2009 The Twilight Saga: New Moon mendapat tempat kelima, The Twilight Saga: Eclipse (2010) pula keenam, filem terakhir Twilight iaitu The Twilight Saga: Breaking Dawn – Part 1 dan Part 2 mendapat tempat kesembilan dan kesepuluh.
Filem ini adalah filem aksi, cinta, fantasi dan pengembaraan mengenai puntianak. Antara pelakon dalam filem ini adalah Robert Pattinson yang memainkan watak Edward dan Kristen Stewart sebagai Bella.