Pada bulan Mei lepas, Michael Bay dilaporkan sedang membangunkan filem dengan judul “Songbird”. Filem ini bertemakan pandemik virus dan dirakam ketika Covid-19 di bandar Los Angeles. Filem ini akan berlaku di masa hadapan, di mana penularan virus ini telah berkembang menjadi Covid-23, mutasi mula berlaku, perintah kawalan pergerakan masih dilaksanakan, dan banyak lagi.
Watak utama filem ini adalah Nico, lakonan KJ Apa (Riverdale) dan juga Sara lakonan Sofia Carson. Nico dan Sara bercinta, tetapi ada halangan seperti Nico keimunan dari virus, tetapi sayang sekali Sara disyaki telah berjangkit. Dunia turut menjadi huru-hara, ada konspirasi kerajaan, ada yang menentang dan ada juga zon kuarantin khusus – Q-Zone.

Pelakon-pelakon lain seperti Craig Robinson, Bradley Whitford, Peter Stormare, Alexandra Daddario, Paul Walter Hauser dan Demi Moore turut akan terlibat dan filem ini diarahkan oleh Adam Mason. Menurut laporan THR filem ini akan disiarkan di paltform penstriman video yang akan diumumkan nanti pada 11 Disember ini. Walau bagaimanapun, filem ini adalah PVOD. Ia akan ditawarkan secara belian atau sewaan dan tidak boleh distrim terus begitu jika sudah melanggan pada sesebuah platform.
Sama-sama kita nantikan kehadiran filem ini.


