Skip to main content

Pandemik Covid-19 ini menular di seluruh dunia. Hampir kesemuanya diperintahkan untuk berkurung, pergerakan perlu dikawal dan perlu melakukan pembatasan sosial. Akibat pandemik ini, industri filem menjadi hambar kerana tidak dapat meneruskan penggambaran atau juga filem tidak dapat ditayangkan.

Terkini, terdapat satu filem dengan judul “Songbird” akan dihasilkan dengan tema pandemik. Filem ini berlaku dua tahun di masa hadapan yang mana pandemik virus tidak berakhir, perintah berkurung masih dilaksanakan dan mutasi virus mula berlaku. Filem ini adalah filem yang mengandungi unsur ngeri dan juga mempunyai konspirasi kerajaan, yang mana kerana politik ramai mangsa terperangkap.

Filem ini akan dirakam di Los Angeles ketika waktu PKP ini dalam masa sekitar lima minggu lagi. Adam Mason adalah pengarah, Simon Boyes adalah penulis skrip, dan filem ini akan diterbitkan oleh Michael Bay dan Adam Goodman. Filem ini juga mungkin menjadi filem Hollywood pertama yang akan dirakam di bandar ini.

Masih tiada sinopsis penuh, senarai pelakon dan tarikh tayangan. Tetapi mengenali Michael Bay, akan ada banyak adegan meletup dalam filem ini. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply