WandaVision adalah siri TV MCU pertama yang akan disiarkan di Disney+. Siri TV ini juga merupakan kandungan pertama untuk fasa keempat MCU. Ia akan memfokuskan kepada watak Wanda/Scarlett Witch dan juga Vision. Ada kemungkinan besar Vision kembali hidup selepas mati dalam Avengers: Infinity War.

Siri TV ini turut akan terokai kuasa hebat sebenar Wanda dan akan banyak bermain dengan dunia lain. Ia juga akan menetapkan jalan cerita filem sekuel Dr. Strange nanti. Selepas lama menantikan siri TV ini, akhirnya Disney berkongsi tarikh siaran bagi siri TV ini – iaitu 15 Januari 2021.
Harapnya menjelang Januari tahun hadapan, Disney+ sudah boleh dilanggan oleh pengguna di Malaysia.


