The Wonderful World of Mickey Mouse adalah siri animasi Mickey Mouse baharu. Ia akan disiarkan secara eksklusif di Disney+ tidak lama lagi. Apa yang menarik dengan siri animasi ini adalah, Disney mengembalikan rekaan klasik Mickey Mouse dan rakan-rakan. Rekaan ini sering dilihat dalam animasi klasik hitam putih Disney atau intro dalam beberapa filem/siri dari Disney.

Siri animasi ini akan memperlihatkan Minnie Mouse, Donald Duck, Goofy, Daisy, Pluto dan Mickey Mouse dalam pelbagai pengembaraan yang lucu. Siri animasi ini adalah siri pendek sahaja, di mana setiap episod berdurasi tujuh minit sahaja. Setiap episod akan berada di dunia magis Disney yang penuh dengan imaginasi. Perkara yang mustahil menjadi tidak mustahil. Setiap episod akan mempunyai komedi, berlaku di zaman moden, kisah yang nirmasa serta muzikal. Video acah baharu turut diterbitkan oleh Disney.

Ia memperlihatkan aksi-aksi lucu, adegan yang akan membuatkan penonton ketawa tanpa henti serta rekaan klasik yang unik dan kelihatan comel. Bagi peminat di Malaysia, anda boleh tonton siri animasi ini dengan melanggan Disney+ dan VPN.

Sohor Kini