The Scorpion King adalah filem sampingan kepada francais filem The Mummy. Filem ini adalah prekuel dan berlaku 5000 tahun sebelum filem The Mummy dan The Mummy Returns. Dwayne “The Rock” Johnson adalah watak utama dan juga merupakan filem pertama beliau. Filem ini mengisahkan Mathayus yang ingin membangkit menjadi Scorpion King seperti yang diceritakan dalam lagenda. Filem ini ditayangkan pada tahun 2002.
Terkini menurut Deadline, filem ini akan diolah semula oleh Seven Bucks Productions – iaitu studio milik Dwayne “The Rock” Johnson dan Dany Garcia. Universal Pictures turut akan terlibat dan Jonathan Herman akan menjadi penulis. Kemudian, disebabkan The Rock sibuk sehingga tahun 2022 – beliau mungkin tidak akan terlibat dalam filem ini dan akan mencari pelakon lain sebagai Scorpion King. Tetapi disebabkan filem ini agak penting bagi The Rock, ada kemungkinan beliau akan membuat penampilan khas.
Filem ini seperti yang dikatakan tadi adalah mengenai Mathayus yang ingin membangkit menjadi Scorpion King. Olahan semula ini masih tiada jalan cerita lagi, tetapi mungkin akan berubah menjadi versi moden. Disebabkan perkara ini baru sahaja diumumkan, tiada sebarang tarikh tayangan dan pengarah juga masih belum ditemui. Sama-sama kita nantikan.