Bulan Mei lepas, Ruby Rose menarik diri dari siri TV DC Arrowverse – Batwoman. Alasan beliau adalah masa bekerja terlampau lama. Kemudian, terdapat laporan tertiris mengatakan yang The CW akan mencipta watak baru bagi menggantikan Kate Kane sebagai Batwoman. The CW bijak dalam mencipta watak baru dalam siri TV Arrowverse, cuma selama ini adalah pelakon pembantu sahaja dan belum lagi watak utama.

Watak baru yang The CW cipta ini adalah Ryan Wilder, yang mempunyai perwatakan yang lebih bermasalah dan dungu – tetapi adalah individu yang baik hati seperti mencuri untuk membantu kucing jalanan. Dari segi keberanian, beliau amat berani bergaduh, mampu bertumbuk dengan tangan begitu sahaja dan walaupun tidak disiplin tetapi ada sifat kewiraan. Walau bagaimanapun, watak Kate Kane akan kekal di dalam dunia Arrowverse – cuma kehilangan beliau akan menjadi misteri sepertimana kehilangan Batman dalam dunia Arrowverse ini.

Terkini, Javicia Leslie telah dipilih sebagai pelakon Ryan Wilder yang akan menjadi Batwoman dalam siri TV ini. Beliau adalah wanita berkulit gelap pertama akan membawakan watak wirawati Batwoman ini. Siri TV ini akan disiarkan pada Januari tahun 2021, sama-sama kita nantikan untuk lihat sama ada bagaimana gandingan Ryan Wilder dengan watak-watak lain.

Sohor Kini