Pada minggu lepas, Hulu dan Warner Bros telah mengumumkan kembalinya siri animasi Animaniacs yang akan menyertakan pembaharuan dari segi animasi. Minggu ini, mereka telah berkongsi video acah baharu untuknya.

Di dalamnya, mereka telah menjadikan pelbagai topik semasa sebagai jenaka, termasuk juga perjanjian adik beradik Warner dengan Hulu yang dikatakan sebagai ‘sell out’. Selain itu, ia juga akhirnya memperlihatkan Pinky and the Brain.

Animaniacs akan tiba di platform penstrim Hulu pada 20 November 2020 ini dengan 13 episod untuk musim pertama. Musim kedua juga disahkan akan hadir sekitar tahun hadapan.

Sohor Kini