Melalui laporan Variety, ketika acara New York Comic Con hari ini, Warner Bros akhirnya memperlihatkan video acah pertama untuk siri kartun Animaniacs yang diolah semula.

Siri Animaniacs ini merupakan siri kartun yang sangat terkenal lebih dari 20 tahun lepas oleh Steven Spielberg di mana kali ini, mereka mengesahkan ia akan diolah semula dengan animasi baharu yang lebih terperinci. Warner Bros juga mengesahkan mereka akan membawa kembali siri kartun Pink And The Brain bersama-sama tiga beradik Yakko, Wakko dan Dot.

Menariknya, video acah tersebut juga memaparkan adegan parodi daripada filem Jurassic Park yang anda boleh tonton di bawah.

Animaniacs akan tiba di platform penstrim Hulu pada 20 November 2020 ini dengan 13 episod untuk musim pertama. Musim kedua juga disahkan akan hadir sekitar tahun hadapan.

Sohor Kini