Video Acah Kedua The Mandalorian Musim Kedua Diperlihatkan

The Mandalorian adalah siri TV sampingan Star Wars yang disiarkan secara eksklusif di Disney+. Musim pertama sudah pun tamat dan masih disiarkan lagi di Disney+. Musim kedua pula akan tiba pada 30 Okotber ini dan video acah pertama telah pun diperlihatkan sebelum ini.

Terkini, video acah kedua pula telah dikongsi oleh Star Wars melalui saluran YouTube rasmi mereka. Video kali ini seperti biasa masih memfokuskan kepada watak utama, iaitu The Mandalorian itu sendiri. Cuma kali ini, ia kelihatan seperti lebih banyak aksi dan lebih banyak pengembaraan. Watak Baby Yoda pula dilihat masih bersama dengan beliau, tidak kira di mana jua.

Menurut beberapa laporan sebelum ini, musim kedua akan lebih bergantung antara antara satu sama lain untuk setiap episod. Tidak lagi seperti musim pertama yang seakan permainan video, yang mana satu episod satu misi dan seakan episod tersendiri sahaja. Kali ini juga, penulisan skrip telah diperbaiki yang mana akan lebih banyak berkata-kata dari sebelum ini.

Sohor Kini