The Mandalorian adalah siri sampingan Star Wars pertama untuk Disney+. Ia adalah antara kandungan Star Wars yang popular, kerana mempunyai jalan cerita yang segar dan tidak klise. Walaupun konsepnya adalah seakan permainan video, yang mana satu episod satu misi di satu lokasi – penampilan watak seperti Baby Yoda dan The Mandalorian itu sendiri memuaskan hati ramai orang.

Tidak lupa juga yang walaupun ia adalah siri TV, ia mempunyai sinematografi yang baik dari segi penggunaan kamera CGI serta mempunyai klu-klu mengenai dunia Star Wars. Musim pertama sudah pun berakhir tahun lepas, kini Disney sudah bersedia dengan musim kedua – yang mana telah mengumumkan tarikh siarannya akan bermula pada 30 Oktober ini.

Buat masa ini, masih tiada sinopsis penuh lagi mengenai siri TV ini. Tetapi menurut laporan watak Giancarlo Esposito iaitu Moff Gideon – akan memainkan peranan penting dalam musim baru ini. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan video acah dan lebih informasi mengenai siri TV ini. Teruskan ikuti Aksiz untuk perkembangan lanjut.

Sohor Kini