Skip to main content

Disney sebelum ini telah mengumumkan yang The Mandalorian Musim ke-2 akan mula tiba melalui Disney+ pada 30 Oktober ini. Hari ini, mereka akhirnya memperlihatkan video acah untuknya. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Berdasarkan video acah tersebut, The Mandalorian telah ditugaskan untuk membawa ‘Baby Yoda’ ke puak Jedi kerana ‘This is the way’. Musim kedua sudah semestinya menarik untuk melihat bagaimana budak kecil tersebut akan diselitkan ke dalam penceritaan keseluruhan Star Wars.

Musim pertama untuk The Mandalorian sudah tiba di Disney+, tetapi buat masa ini perkhidmatan penstriman tersebut masih lagi tidak tiba di Malaysia di mana Indonesia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang menerimanya.

Leave a Reply