Filem Avatar 2 turut mempunyai nasib yang sama dengan banyak filem lain, iaitu penggambaran tergendala dek kerana Covid-19. Disebabkan itu, filem ini turut tertunda dari tarikh tayangan asal. Filem ini dilihat berlaku di masa hadapan, yang mana dunia Avatar sudah berevolusi dan kini mempunyai kenderaan. Filem ini dilaporkan akan memfokuskan kepada keluarga Jake dan Neytiri, dan akan ditayangkan pada 16 Disember 2022.

Filem ini akhirnya telah lengkap penggambaran. Ya, Avatar 2 sudah 100% lengkap – mungkin hanya tinggal pasca-proses seperti CGI dan suntuingan sahaja. Lebih menarik, penggambaran Avatar 3 juga sudah hampir selesai yang mana 10% baki rakaman aksi-nyata dan keseluruhan adalah 95% sudah selesai. Ini menjadikan filem ini mungkin akan mengikut jadual, iaitu Avatar 3 pada 22 Disember 2023.

Sohor Kini