Filem Avatar pertama ditayangkan pada tahun 2009. Ia adalah filem dengan kutipan paling tinggi dalam sejarah, sehinggalah Endgame tewaskan kutipan Avatar tahun lepas. Filem Avatar mengisahkan manusia yang mencipta satu Avatar untuk berkomunikasi dengan makhluk asing di dunia Pandora. Filem sekuel bagi Avatar akan ditayangkan pada Disember 2021.

Baru-baru ini James Cameron telah berkongsi karya konsep bagi filem ini. Apa yang diperlihatkan adalah dunia Pandora di masa hadapan. Jadi ada kemungkinan, Avatar 2 adalah sekuel yang berlaku selepas beberapa tahun dan berada di masa hadapan. Bukan itu sahaja, menurut James Cameron kelak dalam Avatar 2 mereka akan memperkenalkan pelbagai jenis kenderaan dan mesin dan bukan terhad kepada perkara-perkara dengan elemen makhluk asing. Mercedes-Benz turut bekerjasama dengan James Cameron untuk kereta konsep Vision AVTR. Yang mana ada kemungkinan akan diperlihatkan dalam filem ini.

Avatar adalah filem dari Fox, dan sejak Fox dibeli oleh Disney – Avatar akan menjadi sebuah francais yang akan ditayangkan bermula tahun 2021, 2023, 2025 dan 2027.

Sohor Kini