Filem Avatar 2 dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun hadapan. Selepas lebih 10 tahun filem Avatar ditayangkan dan amat lama memegang rekod kutipan tertinggi dunia (sehingga Avengers: Endgame), akhirnya peminat akan dapat saksikan sekuel. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini tiada berita mengena sinopsis filem ini dan jalan ceritanya mengenai apa.

Baru-baru ini Jon Landau selaku penerbit bagi filem Avatar 2, telah berkongsi serba sedikit mengenai perkembangan filem ini. Pertama, filem ini telah kembali sambung proses penggambaran. Kedua, beliau turut berkongsi serba sedikit sinopsis untuk filem ini.

Avatar 2 akan memfokuskan kisah keluarga Jack Sully dan Neytiri. Mereka berdua sudah mempunyai anak, dan perlu melindungi anak-anak mereka. Mereka berdua telah dipaksa halau keluar dari rumah, dan mengembara keliling Pandora untuk mencari kawasan baharu untuk tinggal. Mereka turut menerokai di dalam air.

Itu sahaja apa yang beliau kongsi, butiran lanjut masih lagi rahsia dan kita perlu nantikan tahun hadapan. Jika tahun 2009 filem ini mempunyai jalan cerita menarik, grafik dan visual hebat – dengan teknologi yang moden dan tahun 2020 ke atas mungkin filem ini akan mengubah persepsi orang ramai dan boleh menewaskan Endgame. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini