Nampaknya banyak filem milik Disney akan ditunda dan kita tidak dapat tonton seperti yang dijadualkan. Bukan sahaja untuk filem yang sudah diumumkan sebelum ini, tetapi filem yang masih belum siap pun turut mempunyai tarikh baru. Kita sudah tahu filem Mulan ditunda sheingga tiada tarikh, apa pula nasib filem lain?

Berikut adalah senarai filem yang ditunda;

  1. Spider-Man 3 lakonan Tom Holland untuk MCU, asalnya 16 Julai 2021 – kini 17 Disember 2021.
  2. Filem dari 20th Century Studios, iaitu Avatar 2 ditunda ke 16 Disember 2022. Avatar 3 dari 22 Disember 2023 ke 20 Disember 2024. Avatar 4 pula dari 19 Disember 2025 ke 18 Disember 2026 dan akhir sekali Avatar 5 pula dari 17 Disember 2027 ke 17 Disember 2028.
  3. Filem Star Wars yang masih tiada judul yang pertama ditunda ke 22 Disember 2023 dari 16 Disember 2022. Filem kedua dari 20 Disember 2024 ke 19 Disember 2025 dan filem ketiga yang dirancang untuk ditayangkan pada 18 Disember 2026 ditunda ke 17 Disember 2027.

Sumber: Variety, Comicbook [1], Comicbook [2], Twitter Avatar

Sohor Kini