Skip to main content

Sony ketika PlayStation 5 Showcase hari ini telah mengumumkan harga untuk konsol generasi baharu mereka iaitu $499 untuk PlayStation 5 dan $399 untuk PlayStation Digital Edition. Kedua-dua konsol ini akan mula tiba ke pasaran bermula pada 12 November untuk beberapa negara, dan 19 November secara global termasuk Malaysia.

Seperti kita sedia maklum, PlayStation 5 hadir dengan spesifikasi CPU 8x Zen 2 Teras dengan 3.5Ghz, 10.28 TFLOPS, 36CU dengan 2.23Ghz, RAM 16GB GDDR6, Storan 825GB SSD dengan kelajuan 5.5GB/s (tidak mampat), 8-9GB/s (mampat). Digital Edition mempunyai spesifikasi yang sama kecuali tidak disertakan dengan pembaca cakera optik.

Bacaan lanjut: Spesifikasi Penuh PlayStation 5 Diperlihatkan Secara Rasmi

Buat masa ini masa tiada harga untuk pasaran tempatan, di mana kami akan kemaskini kelak.

Leave a Reply