Sega sebelum ini telah memperkenalkan konsol permainan Sega Game Gear Micro, iaitu konsol permainan Game Gear yang telah dikecilkan kepada saiz yang sebesar rantai kunci sahaja.
Terkini, mereka memperkenalkan Sega Astro City Mini, iaitu peranti permainan arked Sega Astro City yang dikecilkan kepada saiz yang sangat padat.
Peranti Astro City Mini ini akan dimuatkan dengan 36 buah permainan video, dimana beberapa daripadanya telahpun diumumkan, termasuklah:
- Alien Syndrome
- Alien Storm
- Golden Axe
- Golden Axe: Revenge of Death Adder
- Columns II
- Dark Edge
- Tant R
- Virtua Fighter
- Fantasy Zone
- Altered Beast
Peranti Astro City Mini ini hadir dengan paparan dan juga pengawal permainannya sendiri seperti pada mesin arked, tetapi juga hadir dengan palam HDMI dan USB untuk disambungkan kepada paparan lebih besar dan pengawal permainan sendiri. Ia juga dikuasakan menggunakan sebuah kabel MicroSD.
Konsol Sony Astro City Mini ini akan mula dijual di Jepun pada harga 12,800 yen (~RM508) pada penghujung tahun ini.