Sewaktu saya di sekolah rendah dahulu pada tahun 90-an, terdapat dua peranti gaming mudah-alih yang cukup popular di kalangan pelajar. Peranti-peranti ini termasuklah Nintendo GameBoy yang cukup popular dan juga Sega Game Gear, iaitu peranti gaming mudah-alih pertama yang hadir dengan paparan berwarna.

Tahun ini Sega akan menyambut ulang-tahun ke-60 mereka, dan sebagai sebuah syarikat permainan yang terkenal untuk konsol-konsol seperti Sega MegaDrive, Dreamcast dan Sega Saturn, mereka telah mengumumkan bahawa mereka sedang dalam usaha untuk membangunkan peranti Game Gear baru yang dinamakan Sega Game Gear Micro.
Game Gear asal mempunyai saiz yang cukup besar, tetapi untuk peranti baru ini, gambar promosi didalam majalah Famitsu menunjukkan saiz yang jauh lebih padat berbanding dengan model sebelum ini.

Game Gear Micro ini hadir dengan empat rekaan warna berbeza, termasuklah hitam, biru, kuning dan merah. Setiap model warna ini hadir dengan empat permainan klasik dari Sega yang berbeza, termasuklah:
Hitam
- Sonic The Hedgehog
- Puyo Puyo 2
- Outrun
- Royal Stone
Biru
- Sonic and Tales
- Gunstar Heroes
- Sylvan Tales
- Baku Baku Animal
Kuning
- Shining Force
- Shining Force 2
- Shining Force Final Conflict
- Nazo Puyo Arle no Roux
Merah
- Megami Tensei Last Bible
- Megami Tensei Last Bible Special
- The GG Shinobi
- Columns
Jika paparan skrin pada Game Gear Micro ini terlalu kecil, Sega juga memperkenalkan aksesori Big Window Micro untuk membesarkan skrin tersebut.

Menurut Famitsu lagi, konsol Sega Game Gear ini akan tiba di pasaran Jepun pada 6 Oktober kelak dan boleh dibeli pada harga 4980 yen ataupun sekitar RM200.


