Skip to main content

EA hari ini mengumumkan mereka meneruskan perjanjian bersama dengan liga bola sepak Sepanyol iaitu LaLiga, di mana liga tersebut akan disertakan secara esklusif di dalam siri permainan FIFA untuk 10 tahun lagi. Tambahan daripada itu, mereka juga mengumumkan kejohanan esukan rasmi eLaLiga Santander.

Selain itu, pada pengumuman yang sama, EA juga mengumumkan yang FIFA 20 mempunyai jumlah pemain teramai bagi siri ini di mana jumlah pemain unik meningkat sebanyak 10% berbanding dari tahun ke tahun dan mereka telah memecah rekod pemain serentak.

FIFA 20 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC, versi Legacy juga dikeluarkan untuk Switch. Ea juga sebelum ini telah mengumumkan FIFA 21 akan dikeluarkan pada 9 Oktober ini.

Leave a Reply