EA ketika EA Play Live hari ini mengumumkan yang FIFA 21 akan dikeluarkan pada 9 Oktober 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Pemain yang pra-tempah edisi Ultimate dan Champions dapat bermain pada 6 Oktober.

Ia juga akan dikeluarkan PlayStation 5 dan Xbox Series X tetapi tarikh pengeluaran akan diumumkan kemudian. Menariknya, pemilik FIFA 21 untuk PS4 dan Xbox One dapat menaik taraf secara percuma selagi mana ia ditebus sebelum FIFA 22 dilancarkan. Ia adalah seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Kemajuan anda untuk FUT 21 dan Volta Football juga akan dibawa bersama. Pemain yang naik taraf akan menerima versi digital untuk PS5 dan Xbox Series X, jika anda membeli versi fizikal untuk PS4 atau Xbox One, cakera padat masih diperlukan untuk bermain. Oleh itu, jika anda bercadang untuk membeli PS5 edisi digital contohnya, anda perlu membeli FIFA 21 untuk PS4 versi digital.

Naik taraf ini adalah untuk platform berkaitan sahaja iaitu, PS4 naik taraf kepada PS5 dan Xbox One naik taraf kepada Xbox Series X.

Bagi versi PC, ia akan dikeluarkan melalui Origins dan Steam, mankala untuk Switch ia masih lagi akan menerima Legacy Edition di mana hanya menerima kemaskini jersi dan skuad sahaja.

Manakala untuk fungsi rentas platform, buat masa ini mereka masih tidak mempunyai sebarang perancangan.

Sohor Kini