EA melalui persidangan laporan kewangan mereka telah mengesahkan yang permainan-permainan simulasi sukan mereka tahun ini, akan turut dikeluarkan untuk konsol generasi baharu iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series X, antara permainan yang diumumkan adalah FIFA 21, NHL 21 dan NFL 21.

Permainan seperti FIFA 21 yang kebiasaannya dikeluarkan pada bulan September akan dikeluarkan terlebih dahulu untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC, sebelum ia tiba untuk konsol generasi baharu apabila ia dilancarkan se-awalnya bulan November kelak.

Di persidangan yang sama, Ketua Pegawai Kewangan EA Blake Jorgensen mengatakan yang sesetengah permainan yang dikeluarkan untuk konsol sekarang dapat dinaik taraf secara percuma untuk konsol generasi baharu.

Buat masa ini, EA tidak mengesahkan lagi, permainan apa yang dimaksudkan dapat dinaik taraf percuma, ataupun mungkin beliau sekadar bercakap mengenai keserasian belakang.

Sohor Kini