Informasi Permainan Video Terkini
Judul Sekuel Filem Venom Adalah “Venom: Let There Be Carnage” – Mungkin Turut Akan Menyertakan Watak Spider-Man

Judul Sekuel Filem Venom Adalah “Venom: Let There Be Carnage” – Mungkin Turut Akan Menyertakan Watak Spider-Man

Diterbitkan pada Apr 22, 2020 oleh .

Dunia Marvel oleh Sony dilihat semakin berkembang. Ada juga spekulasi yang ia turut akan disertakan dalam MCU. Dalam dunia ini, filem Venom adalah yang pertama menjadi fokus. Ia kemudian akan diteruskan dengan filem Morbius dan kelak beberapa filem Spider-Man. Video acah filem Morbius adalah petanda pertama akan ada kaitan dengan MCU kerana kemunculan watak Michael Keaton di dalamnya.

Terkini, pelakon utama Venom – Tom Hardy telah memperlihatkan judul bagi sekuel filem Venom. Seperti yang dijangkakan, musuh baharu dalam filem ini adalah Carnage, kerana judul filem tersebut adalah Venom: Let There Be Carnage. Bukan itu sahaja, Tom Hardy kemudian melalui akaun Instagram beliau turut memperlihatkan imej ganas Venom dan Spider-Man. Adakah ini bermakna, Spider-Man akan disertakan dalam filem ini? Atau mungkin paling kurang adalah penampilan khas?

Filem ini akan ditayangkan pada 25 Jun 2021. Ia akan diarahkan oleh Andy Serkis bagi mengantikan Ruben Fleischer pengarah sebelum ini. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan lahgi berita atau mungkin kelak video acah filem ini. Terus ikuti kami di Aksiz untuk berita-berita menarik seperti ini.


TIPS & ULASAN