Skip to main content

ESA (Entertainment Software Association) hari ini akhirnya mengumumkan secara rasmi yang mana acara tahunan E3 (Electronic Entertainment Expo) bagi tahun ini dibatalkan akibat risiko koronavirus (Covid-19). Acara E3 2020 asalnya dirancang untuk diadakan pada 9 hingga 11 Jun 2020 ini di Amerika Syarikat.

Menurut ESA, tindakan ini adalah selepas pertimbangan pelbagai pihak yang mana untuk keselamatan pengunjung dan juga semua yang terlibat dengan industri, mereka mengambil keputusan untuk membatalkan acara tersebut.

Mereka juga menyatakan mereka mungkin akan mengadakan acara secara digital untuk mempamerkan beberapa pengumuman pada bulan Jun ini. Dengan pembatalan ini juga, mereka mengesahkan acara E3 seterusnya akan di adakan pada tahun hadapan, dan sebarang informasi lanjut lain akan mereka umumkan kemudian.

Semestinya perkara ini sudah pun sering diperkatakan akibat terdapat pelbagai acara-acara lain seperti GDC yang mana juga dibatalkan atas sebab risiko koronavirus, yang mana jelas sekali wabak tersebut telah menjadi semakin teruk.

Di Malaysia sahaja kes koranavirus ini sememangnya terus meningkat yang mana hari ini sahaja kita telah pun dilaporkan 20 kes baharu, sekaligus meletakkan jumlah kes keseluruhan mencapai 149.

Semestinya dengan pembatalan acara ini, kami sendiri di Aksiz berharap agar semua pembaca terus berwaspada terhadap wabak ini dan mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengikut segala arahan pihak berkuasa.

Leave a Reply