Square-Enix hari ini akhirnya berkongsi informasi lanjut berkenaan jualan permainan Final Fantasy VII Remake yang dilancarkan beberapa minggu lepas di mana melalui Twitter rasmi permainan Final Fantasy VII tersebut, mereka mengumumkan yang mana Final Fantasy VII Remake telah mencapai jumlah edaran dan jualan digital melebihi 3.5 juta salinan dalam tempoh masa 3 hari sahaja.
Semestinya ini merupakan satu kejayaan yang besar buat permainan tersebut dan kami di Aksiz juga ingin mengucapkan tahniah atas pencapaian ini buat Square-Enix.
Walaubagaimana pun, memandangkan permainan ini telah pun dilancarkan sejak beberapa minggu lepas, kami percaya jualannya akan terus meningkat dan kami di Aksiz pasti akan kongsikan sebarang informasi lanjut setelah Square-Enix umumkannya kelak.
Selain itu, sebelum ini kami juga melaporkan yang mana studio pembangun di Malaysia iaitu Lemon Sky Studios juga terlibat dengan pembangunan permainan ini yang mana anda boleh membacanya di sini.
Final Fantasy VII Remake telah pun dilancarkan di PlayStation 4 pada 10 April lepas dan kami juga telah pun membuat ulasan penuh buat permainan tersebut yang mana ada boleh membacanya di bawah.