Pada hujung bulan Januari, Double Eleven, syarikat pembangun di belakang tajuk-tajuk permainan seperti Goat Simulator, Prison Architect dan Rust telah membuka studio terbaru mereka di kawasan Bangsar South.
Pada waktu itu, mereka turut mencari individu-individu untuk mengisi beberapa jawatan, dan terkini, mereka telah mengumumkan pelantikan Ian Ng sebagai pengurus studio cawangan Malaysia.
Ian ialah seorang veteran yang telah berkecimpung didalam industri pembuatan permainan video selama 20 tahun. Sebelum menyertai Double Eleven, beliau telah bekerja di beberapa syarikat pembina permainan yang terkemuka seperti Tap4Fun, Ubisoft Singapore dan juga LucasArts.
Studio terbaru Double Eleven di Malaysia akan memudahkan mereka untuk mendapat akses kepada bakat-bakat baru dan berkualiti di rantau Asia, disamping pasaran gaming di rantau Asia yang semakin meningkat setiap tahun.
Kami juga berkesempatan sebelum ini untuk mengadakan sesi temu-bual bersama dengan ketua pegawai operasi untuk Double Eleven di mana kami membincangkan mengenai studio di Malaysia dan juga industri pembangunan permainan video. Video temubual tersebut kami sertakan di bawah.