Informasi Permainan Video Terkini
Monsta Umum Power Sphera Universe (PSU) – Dunia BoBoiBoy Dikembangkan Dengan Pelbagai Siri

Monsta Umum Power Sphera Universe (PSU) – Dunia BoBoiBoy Dikembangkan Dengan Pelbagai Siri

Diterbitkan pada Feb 26, 2020 oleh .

Selain daripada pengumuman komik bulanan BoBoiBoy Galaxy Musim Kedua, Monsta hari ini mengumumkan Power Sphera Universe (PSU) iaitu dunia berdasarkan siri BoBoiBoy.

Semestinya dunia ini adalah seakan sama seperti Marvel Cinematic Universe (MCU) tetapi ianya bukan sahaja akan memfokuskan siri animasi dan filem, malah ianya juga akan terlibat dengan dunia komik yang diumumkan hari ini.

Nizam Abdul Razak, iaitu ketua pegawai eksekutif Monsta juga menyatakan dengan pengumuman ini, mereka akan mengembangkan dunia BoBoiBoy dengan pelbagai watak, adiwira dan sebagainya yang akan menggabungkan pelbagai siri BoBoiBoy seperti Mechamato dan pelbagai lagi adiwira akan datang.

Mosnta juga berminat untuk mengembangkan lagi harta intelek mereka dengan pelbagai lagi penceritaan unik yang akan dimasukkan di dalam dunia Power Sphera Universe ini.

Dengan pelancaran ini, Monsta juga berharap agar tahun 2020 akan menjadi satu lagi tahun yang menarik buat peminat dan segala pengumuman lanjut, akan diumumkan kemudian.

Kami sendiri di Aksiz tidak sabar untuk melihat dunia-dunia Power SPhera Universe yang bakal dikembangkan oleh Monsta pada masa akan datang. Dengan kesempatan ini juga kami mengucapkan selamat maju jaya buat Monsta dan para peminat BoBoiBoy, pastikan anda dapatkan komik bulanan BoBoiBoy Galaxy musim 2 menjelang bulan Mac ini.


TIPS & ULASAN