Filem trilogi terakhir di dalam trilogi Skywalker berakhir Dismeber lalu dengan Star Wars : The Rise of Skywalker. Dengan filem ke sembilan ini, saga The Skywalker kini direhatkan sejak menemui peminat pada tahun 1977. Dari kutipan tiket TRoS yang kurang memberangsangkan, Disney perlu mencuba idea baharu bagi mengelakkan francais ayam tambatan mereka ini menjadi tidak relevan kepada peminat. Oleh itu Star Wars : The High Republic telah diumumkan hari ini.

Star Wars: The High Republic ialah hala tuju Disney untuk menghasilkan cerita baharu dari dunia Star Wars. Ia akan berlaku 200 tahun sebelum The Phantom Menace ketika zaman kegemilangan Jedi dan Galactic Senate. Ketenangan ini diganggu oleh Great Disaster apabila musuh The Nihil memnimbulkan kekacauan.

Untuk fasa pertama sebanyak lima novel serta komik Star Wars : The High Republic akan diterbitkan. Kelima-lima novel ini akan membina asas kepada jalan cerita baharu yang diharap dapat mengekalkan tumpuan peminat disamping menarik peminat baharu.

Senarai lima novel dan komik Star Wars : The High Republic adalah seperti di bawah. Novel pertama akan diterbitkan pada 25 Ogos dengan fasa kedua kini masih di peringkat perancangan. Sekiranya mendapat sambutan tidak mengejutkan The High Republic akan diadaptasi menjadi siri Disney+ atau filem baharu.

  • Star Wars: The High Republic: Light of the Jedi oleh Charles Soule
  • Star Wars: The High Republic: Into the Dark oleh Claudia Gray
  • Star Wars: The High Republic: A Test of Courage oleh Justina Ireland
  • Star Wars: The High Republic Adventures oleh Daniel José Older
  • Star Wars: The High Republic oleh Cavan Scott

Sohor Kini