Filem terbaru Star Wars iaitu Star Wars: The Rise of Skywalker akhirnya mencecah jumlah kutipan $1 bilion (RM4 bilion) selepas 26 hari dikeluarkan, berdasarkan data yang disediakan oleh Boxofficemojo.
Walaupun ia adalah satu jumlah yang tinggi, tetapi ia mengambil masa yang lebih lama berbanding The Force Awaken yang mengambil 12 hari dan The Last Jedi 19 hari untuk mencapai jumlah tersebut.
Manakala untuk jumlah kutipan di Malaysia, ia telah mendapat kutipan sebanyak RM11.6 juta selepas 3 minggu. Ia juga memperlihatkan pengurangan di mana The Force Awaken mendapat RM25 juta dan The Last Jedi RM14 juta untuk tempoh yang sama.
Pengurangan ini mungkin disebabkan oleh penerimaan yang kurang memberangsangkan The Last Jedi dan juga ulasan yang kurang baik untuk filem ini sendiri.