Setelah melancarkan DLC Battle Rally bulan lepas, YS Net dan Deep Silver kini mengumumkan penambahan seterusnya buat permainan Shenmue III iaitu Story Quest Pack yang mana ianya akan menyertakan kandungan penceritaan baharu buat permainan tersebut.

Menurut mereka, DLC tersebut akan dilancarkan esok, iaitu pada 18 Februari 2020 ini di konsol PlayStation 4 dan juga di PC melalui Epic Games Store.

Penambahan Story Quest Pack merupakan DLC khas yang mana ianya akan membawa pemain, iaitu watak Ryo Hazuki untuk bertembung dengan pelbagai watak-watak daripada permainan sebelum ini.

DLC ini boleh didapatkan secara berasingan ataupun buat mereka yang sudah pun membeli pas musim permainan tersebut, ianya akan disertakan secara bersama menjelang esok.

Shenmue III telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan PC melalui Epic Games Store pada November lepas.

Sohor Kini