Ys Net dan Deep Silver hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan penambahan DLC baharu buat permainan Shenmue III iaitu “Battle Rally“. Menurut mereka, DLC ini akan dilancarkan pada 21 Januari 2020 di PC dan juga konsol PlayStation 4.
Menurut Deep Silver, DLC ini boleh dibeli secara berasingan di PSN Store ataupun Epic Games Store dan buat mereka yang sudah pun mempunyai pas musim koleksi DLC, DLC ini akan disertakan secara bersama.
Battle Rally merupakan DLC khas buat Shenmue III yang mana ia memfokuskan satu bentuk perlumbaan dan pada masa yang sama pertempuran. Melalui DLC ini, pemain buat pertama kalinya berupaya untuk menggunakan watak lain selain Ryo Hazuki, iaitu Wuying Ren dan Wei Zhen.
Menariknya juga, bagi mereka yang melengkapkan dan tamat perlumbaan tersebut, Deep Silver juga menjanjikan pelbagai ganjaran menarik buat pemain.
Shenmue III telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan PC melalui Epic Games Store pada November lepas.