Square-Enix hari ini akhirnya melancarkan kemaskini baharu buat permainan Kingdom Hearts 3 yang mana ianya menyertakan beberapa kandungan baharu bersama dengan penambahan DLC Re:Mind buat konsol PlayStation 4.

Kemaskini ini merupakan kemaskini percuma buat semua pemain, dan berikut adalah senarai kemaskini melalui kemaskini 1.09 dan 1.07 yang bersaiz 9GB:
- Keseimbangan dan pepijat permainan dibaiki.
- Senjata Keyblade Oathkeeper – Boleh didapati dengan menukar barangan Proof Of Promises di kedai Moogle.
- Senjata Keyblade Oblivion – Boleh didapat dengan menukar barangan Proof Of Times Past di kedai Moogle.
- “Form” baharu
- Kemahiran baharu
- Kemaskini menu permainan
- Adegan permainan dibaiki dan diubahsuai
Manakala berikut DLC berbayar Re:Mind pula menyertakan beberapa kandungan baharu seperti:
- Kandungan penceritaan baharu
- Episod Limitcut
- 13 ketua musuh baharu
- Episod rahsia dan ketua musuh
- Fungsi persembahan slaid
- Menu premium untuk tahap kesukaran baharu
Semestinya ini adalah kandungan yang besar buat permainan Kingdom Hearts 3 yang mana pasti ianya akan menjawab pelbagai persoalan bagi pengakhiran permainan tersebut. Bagi anda yang sudah pun mencubanya, pastikan anda tidak membeber sebarang kandungan dan kongsikan pendapat anda berkenaannya.