Skip to main content

Seperti yang tertiris sebelum ini, DLC buat permainan Kingdom Hearts 3 Re:Mind akhirnya diumumkan secara rasmi ketika acara State of Play minggu ini yang mana ianya bakal tiba di konsol PlayStation 4 pada 23 Januari 2020 ini. Manakala bagi versi Xbox One, ianya bakal tiba pada 25 Februari 2020 kelak.

Bersempena dengan itu, DLC tersebut kini juga sudah boleh dipra-tempah melalui konsol PlayStation 4 yang mana ianya dijual dengan harga bermula RM129 bagi edisi biasa. Manakala bagi anda yang berminat untuk dapatkan bersama video konsert khas Kingdom Heart “World Of Tres” Orchestra yang diadakan di Osaka, Jepun sebelum ini, ianya dijual secara bersama dengan harga RM159.

Melalui DLC tersebut, pemain akan mendapat sebilangan kandungan baharu seperti:

  • Kandungan penceritaan baharu
  • Episod Limitcut
  • 13 ketua musuh baharu
  • Episod rahsia dan ketua musuh
  • Fungsi persembahan slaid
  • Menu premium untuk tahap kesukaran baharu

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, DLC Re:Mind ini juga kelihatan akan menyertakan pelbagai watak-watak dari siri Final Fantasy seperti Leon, Aerith dan Yuffie bersama-sama dengan lokasi Scala Ad Caelum yang lebih luas.

Juga bersempena dengan pengumuman ini, Square-Enix juga mengumumkan kemaskini 1.07 buat permainan asas Kingdom Hearts 3 yang mana mereka akan sertakan kandungan baharu dari segi penceritaan utama permainan tersebut, kemahiran baharu dan juga senjata Keyblade baharu Oathkeeper dan Oblivion secara percuma buat semua pemain.

Bagi anda yang berminat, anda kini membuat pra-tempahan DLC tersebut melalui pautan di bawah.

[info] Pra-Tempah: Kingdom Hearts 3 Re:Mind [/info] [info] Pra-Tempah: Kingdom Hearts 3 Re:Mind + Concert Video [/info]

Leave a Reply