Skip to main content

Di acara HBO Max yang berlangsung pagi ini, siri prekuel pertama siri Game of Thrones telah diumumkan dengan tajuk House of The Dragon. Siri ini akan berlangsung 300 tahun sebelum siri Game of Thrones dan berkisar tentang sejarah keluarga Targaeryen ketika masih lagi di Valyria.

Bagi pembaca buku tulisan George R.R Martin, House of The Dragon akan diadaptasi dari novel Fire and Blood. Setakat ini tiada pelakon diumumkan untuk siri ini tetapi HBO Max telah memesan 10 episod. Siri ini akan diterbitkan sendiri oleh George R.R Martin dan Ryan Condal. Seperti siri buku A Song of Ice And Fire yang menjadi asas kepada Game of Thrones, kesemua buku di dalam siri Fire and Blood masih belum diterbitkan.

Sebagai peminat buku A Song of Ice And Fire, cara siri GoT ditamatkan tahun ini amat mengecewakan kerana amat antiklimaks. Kesalahan diletakkan di bahu David Benioff dan D.B. Weiss yang gagal menghasilkan plot menarik kerana dua buku terakhir ASOIAF masih belum diterbitkan oleh Martin. Kami hanya boleh berharap House of The Dragon tidak akan mengalami nasib yang sama. Hanya ucapan Valar Marghulis boleh kami berikan kepada siri ini.

Leave a Reply