ToGather: Island merupakan permainan pengembaraan ketahanan hidup yang dibangunkan oleh Kamii Studio. Boleh dikatakan ia adalah gabungan permainan Minecraft, Stardew Valley dan Don’t Starve. Ia dibangunkan pertama kali sebagai permainan mudah alih, namun untuk mengembangkan lagi konsep permainan ini ia kini dibangunkan untuk PC.

FB: ToGather:Island

Bersempena E3 yang sedang berlangsung di Amerika Syarikat, mereka telah membawa permainan ini untuk diperlihatkan di sana dengan kerjasama Todak Studios.

Mereka juga berkongsi satu video acah pengumuman yang memperlihatkan rekaan terkini bagi permainan tersebut. Ia memperlihatkan pelbagai rekaan unik seperti rumah kayu yang kita sering lihat di kampung, mempunyai kaki dan boleh bergerak.

Namun, berdasarkan video itu juga, saya merasakan ia memerlukan penambah-baikkan bukan sahaja untuk segi bentuk permainan tetapi juga untuk grafik dan visual sebelum ia bersedia untuk dikeluarkan secara penuh.

Bagi anda yang ingin mencuba peringkat awal permainan ini, anda boleh layari laman Itch.io, tetapi ia adalah versi yang dikeluarkan pada beberapa bulan yang lepas. Kami berharap, kita akan menerima demo terbaru untuk permainan ini tidak lama lagi.

Maklumat lanjut mengenai permainan ini anda boleh layari laman FB rasmi ToGather: Island.

Sohor Kini