Gamstat iaitu satu laman yang menjejak sebarang penambahan di PSN memperlihatkan rekaan paparan depan untuk permainan Resident Evil 3 Remake.

Dengan tertirisnya rekaan paparan depan ini, ia mengesahkan ura-ura sebelum ini di mana kami melaporkan yang Resident Evil 3 bakal menerima sentuhan olahan semula sepertimana Resident Evil 2 yang dikeluarkan pada tahun ini.
Rekaan ini juga memperlihatkan watak Jill, Carlos dan Nemesis yang tampaknya menerima perubahan yang agak jelas. Buat masa ini, masih tiada pengumuman lanjut oleh Capcom, mungkin semasa The Game Awards yang bakal berlangsung 13 Disember Ini.