Informasi Permainan Video Terkini
DC Universe: Titans Musim 2 Akan Disiarkan Pada 2 September Dan Doom Patrol Musim 2 Akan Bermula 2020

DC Universe: Titans Musim 2 Akan Disiarkan Pada 2 September Dan Doom Patrol Musim 2 Akan Bermula 2020

Diterbitkan pada July 21, 2019 oleh .

Titans adalah satu siri TV yang menarik dalam dunia DC Universe. Ia mengisahkan Robin, Beast Boy, Raven dan juga Starfire. Musim pertama telah pun tamat dan masih boleh ditonton di Netflix. Musim kedua, walaupun diumumkan akan menangguhkan rakaman – siri TV ini tetap akan disiarkan bermula 2 September tahun ini.

Di acara SDCC, panel DC Universe turut mempertontonkan video acah buat musim kedua. Apa yang menarik adalah, adiwira bernama Aqualad telah kelihatan. Aqualad dilakonkan oleh Drew Van Acker. Kemudian penjahat dalam musim baharu ini adalah Deathstorke, yang mana dilakonkan oleh Esai Morales turut kelihatan.

Kemudian, panel DC Universe turut memaklumkan yang Doom Patrol akan kembali dengan musim kedua. Siri TV ini hanya kembali dengan musim baharu, selepas perjanjian dengan HBO Max. Tahun 2020 adalah tahun siaran dan ia akan disiarkan serentak di DC Universe dan juga HBO Max.


TIPS & ULASAN