Informasi Permainan Video Terkini
Titans Musim Kedua Akan Mempunyai Lebih Ramai Adiwira Termasuk Bruce Wayne
Artikel Berkaitan

Titans Musim Kedua Akan Mempunyai Lebih Ramai Adiwira Termasuk Bruce Wayne

Diterbitkan pada Ogos 28, 2019 oleh .

Seminggu lebih sahaja lagi siri TV Titans musim kedua akan disiarkan pada platform penstriman video DC Universe. Musim kedua ini dilihat akan mengimbau kembali kenangan zaman animasi Teen Titans, tetapi lebih ganas.

Video acah baru telah diterbitkan semalam, sinopsisnya dilihat lebih jelas. Dick Grayson, iaitu Robin akan mengetuai pasukan adiwira muda yang menyertakan lebih banyak adiwira. Jika kita rujuk artikel lepas, pasukan ini mungkin diberi nama Teen Titans Next Generation. Mereka akan sambung menumpaskan Trigon, iaitu bapa Raven yang ingin bawa bencana ke bumi. Bersama-sama dengan Robin adalah adiwira seperti Star Fire, Beast Boy, Raven, Aqualad dan ramai lagi.

Kita juga akan melihat musuh-musuh lain seperti Doctor Light dan Deathstroke muncul sebagai halangan buat pengembaraan adiwira-adiwira ini. Tarikh rasmi siaran adalah 6 September 2019, dan bagi mereka yang ingin menontonnya – VPN perlu digunakan bersama-sama dengan Internet yang pantas dan stabil.


TIPS & ULASAN