Skip to main content

DC Universe adalah platform penstriman DC tersendiri. Ia bukan sahaja mempunyai kadungan filem, siri TV atau animasi, tetapi turut mempunyai langganan komik, kandungan eksklusif dan banyak lagi dalam satu harga. Pada acara WCA 2019, panel DC telah mengumumkan beberapa perkara menarik.

Pertama, sebanyak lebih 20,000 komik akan dimasukkan dalam pakej langganan pada harga yang sama. Akan tetapi, setiap komik ini hanya akan hadir dalam bentuk digital setahun selepas ia diterbitkan (ditulis di Amanz terlebih dahulu). Kedua adalah, tarikh siri TV Swamp Things telah diumumkan. Selepas ia ditangguhkan, tarikh siaran Swamp Things adalah pada 31 Mei ini. Siri TV Swamp Things setakat ini dikatakan akan berada dalam dunia DC Universe yang sama dengan Titans dan Doom Patrol. Jika dibandingkan dengan komik, ia adalah berdasarkan siri komik ‘Saga of the Swamp Things’ yang diterbitkan pada 1982.

Ketiga adalah siri TV baru telah diumumkan. Siri TV ini adalah Stargirl. Stargirl adalah seorang adiwira wanita bernama Courtney Whitmore yang dilakonkan oleh Brec Bassinger. Beliau juga merupakan ahli JSA. Dalam siri TV lain, beliau pernah muncul dalam Legends of Tomorrow – tetapi dilakonkan oleh Sarah Grey. Siri TV Stargirl ini akan disiarkan di platform DC Universe bermula tahun 2020 kelak.

Seterusnya, siri TV Krypton yang disiarkan di SyFy akan dimasukkan dalam DC Universe bersama-sama dengan filem animasi Justice League vs The Fatal Five pada 5 April dan 16 April ini. Siri TV Young Justice: Outsiders dengan 13 episod juga akan dimasukkan. Mengejutkan para peminat DC, Titans musim kedua dikatakan akan hadir pada penghujung tahun ini bersama-sama dengan siri animasi mengenai Harley Quinn.

Sayang sekali, langganan DC Universe tidak terdapat di Malaysia. Jika anda ingin melanggan, VPN dengan pilihan pelayan yang banyak perlu dibeli. Untuk siri TV, apa yang perlu adalah berharap pada Netflix sahaja.

Leave a Reply