Skip to main content

Tahun lalu Blizzard menerima cemuhan peminat selepas permainan terbaru Diablo yang diumumkan adalah permua yang dikatakan hanya diubahsuai dari permainan lama. Pengumuman Diablo Immortal kini menjadi meme kerana ditolak mentah-mentah oleh peminat tegar di Blizzcon 2018.

?

Tahun ini kekecewaan tahun lalu mungkin akan akhirnya terubat dengan pengumuman Diablo IV di Blizzon 2019 kelak. Sebuah iklan untuk buku yan memaparkan lukisan konsep untuk Diablo, Diablo II, Diablo III dan Diablo IV telah muncul di dalam majalah Gamestar di Jerman. Adalah jarang sekali sebuah buku lukisan konsep diterbitkan sebelum permainan dilancarkan. Ini adalah petanda paling jelas Diablo IV yang dinantikan sejak 2012 akan akhirnya dilancarkan.

Leave a Reply