Informasi Permainan Video Terkini
PowerA Umum Alat Kawalan Nirwayar Buat Konsol Switch Dengan Rekaan The Witcher 3

PowerA Umum Alat Kawalan Nirwayar Buat Konsol Switch Dengan Rekaan The Witcher 3

Diterbitkan pada Okt 17, 2019 oleh .

PowerA semestinya salah satu pengeluar aksesori buat konsol Switch yang sering mempunyai pelbagai rekaan menarik buat kalangan pemain dan peminat permainan video di mana hari ini, bersempena dengan pelancaran The Witcher 3: Complete Edition di Switch, mereka mengumumkan alat kawalan khas berdasarkan permainan tersebut.

Berdasarkan imej yang diperlihatkan, alat kawalan tersebut adalah berdasarkan alat kawalan yang diumumkan oleh mereka sebelum ini, yang mana ianya adalah alat kawalan nirwayar yang mempunyai dua butang tambahan di belakang untuk pemain tetapkan.

Bagi anda yang berminat, ianya boleh dipra-tempah melalui laman rasmi PowerA dengan harga $49.99(~RM210). Dari segi tarikh pelancaran, ianya masih belum diumumkan.

Buat masa ini ianya tidak pasti sama ada ia akan dijual di pasaran Malaysia ataupun tidak, namun kami percaya pembekal dan kedai permainan tempatan pasti akan membawanya kelak.


TIPS & ULASAN