Informasi Permainan Video Terkini
PowerA Umum Alat Kawalan Nirwayar Baru Buat Konsol Switch

PowerA Umum Alat Kawalan Nirwayar Baru Buat Konsol Switch

Diterbitkan pada Sep 24, 2018 oleh .

PowerA sememangnnya terkenal aksesori alat kawalan pelbagai di konsol Switch, dimana sebelum ini mereka juga mengumumkan alat kawalan berwayar buat Switch dengan rekaan krom.

Terkini, mereka mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan alat kawalan nirwayar Enhanced Wireless yang mana mereka bukan sahaja meletakkan pelbagai fungsi seakan alat kawalan Pro Controller Switch, malah rekaan Mario dan Zelda yang menarik.

Terdapat enam pilihan warna dan rekaan dimana 3 daripadanya mempunyai sebilangan lakaran berdasarkan permainan Super Mario dan The Legend Of Zelda seperti yang dipaparkan di atas.

Namun, apa yang menarik dengan alat kawalan ini adalah ianya bukan sahaja ianya nirwayar, ianya juga mempunyai sokongan secara pergerakkan seperti alat kawalan Nintendo Switch Pro Controller. Selain itu, alat kawalan ini juga menggunakan bateri AA sebagai bateri utama. PowerA tidak berkongsi jika terdapat sebarang sokongan bateri secara terbina.

Tambahan juga, alat kawalan ini juga mempunyai butang tambahan di belakang pemegang yang mana pemain boleh tetapkan sebagai butang tambahan dari butang-butang asal lain. Fungsi ini sememangnya bagus untuk pemain yang ingin meletakkan butang seperti butang lompat seperti di Fortnite ataupun sebagainya supaya pemain tidak perlu mengangkat ibu jari pemain di analog alat kawalan tersebut.

Namun, apa yang berbeza dengan alat kawalan tersebut adalah alat kawalan Enhanced Wireless oleh PowerA ini tidak mempunyai sokongan NFC dan gegaran HD Rumble.

Buat masa ini, untuk mendapatkannya anda perlu membuat pra-tempahan melalui laman rasmi PowerA dengan harga $49.99(~RM208). PowerA juga masih belum mengumumkan tarikh pelancarannya, namun kami percaya kedai permainan tempatan pasti akan menjualnya setelah ianya dilancarkan kelak.


TIPS & ULASAN