Skip to main content

Sebelum ini, Arc System Works mengacahkan bahawa mereka akan umum watak Axl ketika acara SEA Major yang berlangsung hujung minggu lepas di Singapura.

Terkini, mereka akhirnya memperlihatkan watak tersebut bersama-sama dengan satu video acah khas yang memperlihatkan serangan dan kemahiran bertempur buat watak Axl Low.

Axl Low merupakan watak yang bakal kembali untuk permainan Guilty Gear akan datang di mana beliau merupakan watak dari masa lampau. Akibat beliau secara tidak sengaja melompat masa, beliau kemudiannya mencari jalan pulang untuk kembali ke masa beliau untuk menjumpai teman wanita beliau.

Melalui permainan Guilty Gear baharu ini, Axl tampaknya bakal kembali dengan senjata sabit berkembar. Namun dari segi informasi lain, Arc System Works masih belum mengumumkannya.

Selain itu, juga ketika video acah yang sama, Arc System Works juga bahawa mereka akan memperkenalkan 2 lagi watak baharu dan juga akan mengadakan sesi demo yang boleh dimainkan ketika acara ArcRevo World Tour Final 2019 yang bakal berlangsung pada 16 dan 17 November 2019 ini di California, Amerika Syarikat.

Permainan perlawanan baharu Guilty Gear dijadualkan untuk dilancarkan tahun hadapan. Buat masa ini, ia disahkan bakal tiba di PlayStation 4, namun tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan.

Leave a Reply