Evo 2019 lepas, Arc System Works mengumumkan permainan perlawanan seterusnya buat siri Guilty Gear kini sedang dibangunkan yang mana ianya disahkan bakal hadir sekitar tahun hadapan.
Terkini, bersempena dengan Tokyo Game Show 2019 yang berlangsung minggu ini, Arc System Works berkongsi satu lagi video acah baharu buat permainan tersebut.
Melalui video acah tersebut, Arc System Works sekali lagi memperlihatkan bentuk permainan buat watak Ky dan Sol yang mana mereka mempamerkan sebilangan bentuk kombinasi serangan yang bakal tiba buat permainan tersebut.
Menurut Arc Systems Works, video acah baharu akan dikongsikan ketika acara CEOtaku yang bakal berlangsung penghujung September ini di Amerika Syarikat.

Selain itu, pada penghujung video tersebut, mereka juga memperlihatkan watak May yang mana beliau bakal tiba sebagai salah sorang watak yang bakal boleh dimainkan kelak.
Buat masa ini, informasi lanjut berkenaan permainan tersebut masih belum dikongsikan dan kami pasti akan mengemaskini setelah Arc System Works mengumumkannya.