Informasi Permainan Video Terkini
Demo Buat Permainan Resident Evil 5 Dan 6 Di Switch Kini Boleh Dimuat-Turun

Demo Buat Permainan Resident Evil 5 Dan 6 Di Switch Kini Boleh Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Okt 10, 2019 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman Capcom berkenaan permainan Resident Evil 5 dan Resident Evil 6 yang bakal tiba di konsol Switch penghujung bulan ini, hari ini Capcom melancarkan demo buat kedua-dua permainan tersebut secara percuma di Nintendo eShop.

Selain daripada pelancaran demo buat permainan tersebut, pra-tempahan untuk kedua-dua permainan tersebut telah pun dilancar dengan harga $39.99(~RM168) untuk setiap satu permainan tersebut. Versi fizikal juga diumumkan dengan menyertakan Resident Evil 4, Resident Evil 5 dan Resident Evil6. Menariknya, buat mereka yang buat pra-tempahan untuk permainan tersebut, Capcom jgua akan menyertakan diskaun sebanyak 33% untuk permainan Resident Evil lain di Switch.

Resident Evil 5 dan Resident Evil 6 merupakan permainan yang asalnya dilancarkan di konsol Playstation 3, Xbox 360 dan PC beberapa tahun lepas. Melalui edisi ini, Capcom menyatakan mereka akan menyertakan kesemua DLC pernambahan yang dilancarkan sebelum ini secara bersama.

Bagi anda yang ingin mendapatkan di konsol lain, ianya sudah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.


TIPS & ULASAN