Di acara EVO 2019, ARC System Works mengumumkan permainan baharu Guilty Gear akan dikeluarkan pada tahun 2020. Namun, buat masa ini mereka hanya berkongsi satu video acah.

Video acah tersebut memperlihatkan dua watak yang sudah dikenali oleh pengikut Guilty Gear iaitu Sol Badguy dan Ky Kiske. Pada pengakhiran video ia juga memperlihatkan satu watak baharu.

Permainan utama terakhir untuk siri ini adalah Guilty Gear Xrd – Revelator- yang dikeluarkan pada tahun 2016 untuk PlayStation 3, PlayStation 4 dan PC.

Sohor Kini