Sebelum ini, Capcom mengacahkan satu permainan baharu yang mana ianya adalah berdasarkan siri Resident Evil dan bakal dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Terkini, bersempena dengan acara Tokyo Game Show 2019 yang bakal berlangsung minggu ini, Capcom akhirnya memperlihatkan satu video acah khas buat permainan tersebut.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya masih belum dikongsikan dan menurut Capcom, mereka akan umumkannya menjelang acara Tokyo Game Show 2019 yang bakal berlangsung minggu ini.

Menariknya, berdasarkan video acah yang diperlihatkan, saya boleh menyimpulkan bahawa permainan ini mungkin adalah permainan multi-pemain berdasarkan siri Resident Evil yang mana empat pemain akan bertempur dengan seorang pemain yang akan mengawal pergerakan zombi disamping pergerakan watak Mr. X dari Resident Evil 2 sebelum ini. Sekaligus membuatkan permainan ini berasa seakan permainan Evolve ataupun Dead By Daylight yang memfokuskan bentuk sepasukan pemain bertempur seorang pemain.

Seperti biasa, kami pasti akan kongsikan segala informasi lanjut setelah ianya diumumkan secara rasmi.

Sohor Kini