Kemaskini: Pengguna Twitter Nibellion telah berkongsi beberapa imej paparan adegan permainan tertiris. Kelihatan ianya akan memfokuskan bentuk koperasi sebanyak 4 pemain. Ianya mungkin adalah siri Resident Evil Outbreak seterusnya.
Capcom hari ini melancarkan satu laman acah dengan nama Project Resistance, yang mana ianya disahkan merupakan permainan seterusnya buat siri Resident Evil. Menurut Capcom, pengumuman permainan tersebut akan diumumkan di acara Tokyo Game Show (TGS) 2019 yang bakal berlangsung September ini di Tokyo, Jepun.
Capcom juga mengesahkan ia bakal hadir ke konsol Playstation 4, Xbox One dan PC di mana ianya disahkan akan diperlihatkan secara rasmi pada jam 11 malam, 9 September 2019 ini buat waktu tempatan.
Semestinya ini adalah satu perkara yang menarik dan dengan pelancaran Resident Evil 2 awal tahun ini yang mendapat sambutan yang baik, kami percaya Capcom tidak akan mengecewakan peminat.
Menariknya sekali, laman rasmi Resident Evil Outbreak juga dikemaskini dengan ayat “OK” di mana kami percaya, mungkin permainan Resident Evil seterusnya adalah siri Outbreak iaitu permainan multi-pemain berdasarkan siri Resident Evil yang memfokuskan lokasi Racoon City di mana ianya dilancarkan di Playstation 2 beberapa tahun lepas.
Meskipun begitu, seperti biasa kami akan mengemaskini pengumuman tersebut setelah ianya diumumkan secara rasmi menjelang September kelak.