Rockstar Games hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa kemaskini baharu buat permainan Red Dead Online yang mana ianya salah satu kemaskini terbesar buat permainan tersebut, seperti mana yang mereka janjikan sebelum ini.

Menurut Rockstar Games, kemaskini tersebut akan dilancarkan pada 10 September 2019 ini di konsol Playstation 4 dan Xbox One yang mana ianya antara kemaskini utama adalah peranan ataupun kelas watak buat Frontier Pursuits yang terdiri daripada 3 pilihan iaitu Bounty Hunter, Trader dan Collector.
Seperti yang dijanjikan oleh Rockstar Games sebelum ini, setiap peranan ataupun kelas watak tersebut akan menyertakan sebilangan kemahiran dan barangan unik tersendiri buat pemain dapatkan di samping dengan pelbagai bentuk pilihan.
Selain itu, kemaskini tersebut juga akan menyertakan sebilangan kandungan lain seperti cabaran harian dan juga acara-acara dinamik lain buat permainan tersebut.
Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut dan juga senarai kesemua kemahiran bagi setiap kelas watak di atas, anda boleh ke laman rasmi Rockstar Games untuk melihatnya.
Bagi anda yang masih lagi belum mencuba mod atas-talian Red Dead Redemption, iaitu Red Dead Online, permainan tersebut sudah pun dilancarkan di Playstation 4 dan Xbox One tahun lepas.