Kaigan Games iaitu pembangun dari Malaysia hari ini mengacahkan permainan seterusnya oleh meria iaitu Simulacara 2, di mana ianya adalah sekuel kepada permainan Simulacra yang dilancarkan sebelum ini.

Simulacara merupakan permainan seram yang mempunyai bentuk permainan “telefon hilang” di mana pemain akan bermain sebagai seseorang yang menemui telefon tersebut.

Berdasarkan video acah yang dipertontonkan, ianya memperlihatkan watak seorang detektif yang seakan sedang bercakap bersama pemain disamping video rakaman seorang wanita. Menariknya, detektif tersebut juga seakan memberi satu telefon pintar buat pemain, yang mana kami percaya ianya adalah permulaan buat permainan Simulacra 2 kali ini.

Buat masa ini, ianya disahkan bakal hadir di PC melalui Steam. Namun, kami percaya permainan ini juga akan dilancarkan dalam bentuk versi permua di peranti telefon pintar seperti permainan sebelum ini.

Tarikh pelancaran juga masih belum diumumkan dan kami pasti akan mengemaskini setelah ianya diumumkan secara rasmi.

Sohor Kini